Olimpik Tokyo : Jepun Mungkin Akan Buat Pingat Dari Barangan Elektronik Terpakai







24 Ogos - Penganjur sukan Olimpik untuk tahun 2020, Jepun, mungkin akan menggunakan barangan-barangan elektronik terpakai untuk membuat pingat bagi temasya sukan itu.



Menurut laporan dari publikasi Asia, Nikkei, penganjur Olimpik kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengguna barangan elektronik terpakai bagi menghasilkan pingat gangsa, perak dan emas untuk Olimpik 2020.



Jepun sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang bersih dan mengamalkan kitar semula.



Di Jepun, kebanyakan barang-barang elektronik terpakai akan dikitar semula untuk membuat alat elektronik baharu.



Sumber : TNW