Oh Tidak.. MacBook Pro 2018 Hadapi Masalah Baharu, Kali Ini Berkenaan Pembesar Suara

MacBook Pro nampaknya tidak lari dari masalah dibuktikan sebelum ini dengan sistem penyejukan peranti yang tidak dapat memberikan kesan yang optima kepada cip pemprosesan Intel® Core™ i9,i5, menyebabkan prestasi cip tersebut terpaksa diturunkan.

Terbaru, sebilangan pengguna MacBook Pro 2018 telah berkongsi masalah yang dihadapi mereka mengenai peranti tersebut. Mereka mendakwa pembesar suara peranti MacBook mereka mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan semasa memainkan audio.

Mereka juga menampilkan bukti berbentuk video seperti di bawah:

https://youtu.be/AyPzhk3CkIY

https://youtu.be/54D5jclYPkk

https://youtu.be/BqCz2pK3nno

https://youtu.be/S3yOaLgF6yQ

Mereka mendakwa masalah ini timbul semasa memainkan audio di iTunes, GarageBand, Boot Camp atau video di YouTube. Ahli forum di MacRumors berspekulasi mengatakan masalah tersebut berpunca dari gangguan isyarat radio disebabkan perlindungan yang kurang dari pemacu audio dan cip T2.

Masalah seperti ini pernah wujud semasa MacBook Pro 2016 dan Apple telah pun mengeluarkan kemaskini pemacu audio ketika itu.

Apple bagaimanapun tidak lagi memberikan apa-apa respon mengenai masalah MacBook Pro 2018 ini dan pengguna berharap kemaskini beta macOS Mojave dapat menyelesaikan masalah ini pada masa akan datang.

Sumber: MacRumors, WCCFTech