OG Dinobat Juara The International 2018 Setelah Mengalahkan PSG.LGD Dan Membawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM 45 Juta

The International 2018 menawarkan hadiah wang tunai kemenangan paling tinggi dalam sejarah e-sukan dan pada edisi ini telah dimenangi oleh pasukan dari Eropah, OG. OG telah mengalahkan pasukan dari China, PSG.LGD dalam 5 perlawanan.

OG yang juga pemenang major terbanyak dalam Dota 2 dianggotai oleh ketua pasukan, N0tail sebagai pemain sokongan, ana sebagai pemain pertama, Topson pemain tengah, 7ckngMad sebagai offlaner dan JerAx pemain sokongan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM 45 Juta.



OG bangkit pada perlawanan ke-4 setelah ketinggalan mata 2-1 berbanding PSG.LGD berjaya mempamerkan permainan yang mantap setelah digasak hebat oleh pasukan dari tembok besar itu.

PSG.LGD pula membawa pulang wang tunai RM 16 Juta di tempat kedua yang diwakili oleh seorang pemain Malaysia, xNova.

Perlawanan besar Dota 2 akan bermula pada bulan hadapan yang dimulai dengan format Dota Pro Circuit.

Berkaitan