Off-White x Air Jordan 4 "Sail" Dilancarkan Minggu Ini

Berikutan dengan pelancaran Off-White x Air Jordan 5, dua jenama besar ini juga berkolaborasi untuk mengeluarkan model Air Jordan 4. Off-White x Air Jordan 4 "Sail" akhirnya akan dilancarkan minggu ini pada 25 Julai.

Bertemakan warna pastel, Air Jordan 4 ini pada mulanya dipratonton sebagai sampel di pameran "Figures of Speech" Virgil Abloh di MCA Chicago dan direka dalam bentuk asli Jordan 4. Ia dilengkapi dengan perincian biasa oleh Off-White seperti penjenamaan "AIR" di bahagian tengah kasut serta zip-tie dan hangtag berwarna krim.

[embed]https://www.instagram.com/p/CC4ETRbp0pF/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Dilancarkan dalam saiz wanita dahulu pada 25 Julai ini, Off-White x Air Jordan 4 "Sail" dijual pada harga US$200 (~RM852).



Untuk maklumat lanjut, layari nike.com.

Sumber: Highsnobiety