Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
komet C2017 K2 2

Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Komet Berekor Sepanjang 800,000km

Diterbitkan Julai 15, 2022 ยท Dikemas kini Julai 15, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan, pada awal pagi 26 Jun 2022 yang lalu, sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam Imej komet C/2017 K2 atau juga dikenali sebagai PANSTARRS.

Komet PANSTARRS sudah pun ke arah Bumi pada 14 Julai 2022 lalu di mana ia berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sekitar jarak 1.8AU (~269,276,167 km) ketika itu.

Bagi masyarakat Malaysia, komet PANSTARRS akan kelihatan di langit di Malaysia mulai Mei 2022 di ufuk timur laut selepas Matahari terbenam dan kenampakannya semakin menghala ke arah langit barat daya sehingga September 2022.

Sepanjang tempoh itu, MYSA menyatakan orang ramai boleh menggunakan teleskop untuk mencerap komet PANSTARRS mulai Mei hingga September 2022.

KOMET PANSTARRS 2

Pada 19 Disember 2022 nanti pula, komet itu dijangka akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Matahari (perihelion).

MYSA menyatakan, pemerhatian ke atas PANSTARRS menunjukkan saiz nukleus komet tersebut adalah sekitar 18km, komanya berdiameter 130,000km, iaitu kira-kira 10 kali ganda diameter Bumi atau sama dengan diameter Musytari.

Sementara panjang ekornya pula adalah sekitar 800,000km.

Ahli astronomi menganggarkan bahawa Komet C/2017 K2 (PANSTARRS) telah mengembara dari awan Oort selama kira-kira 3 juta tahun dalam orbit hiperbolik.

KOMET PANSTARRS

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY