Obike Mangsa Terbaru Dalam Pembocoran Data Global

Pasti anda pernah terlihat basikal kuning terutamanya di sekitar bandar-bandar besar di negara ini. Basikal Obike menyedikan servis tunggangan basikal kepada orang ramai dengan mengenakan caj untuk servis itu.

Obike yang berasal dari syarikat Singapura telah mengalami masalah pembocoran data maklumat yang berlanjutan hingga 2 minggu. Kejadian itu dilaporkan oelh Bavarian Radio.

Data yang terkandung mengenai maklumat pengguna termasuk nama, gambar profil dan lokasi dan boleh didapati untuk umum.

Kejadian kebocoran data itu tidak diketahui bila dan pakar keselamatan dari Taiwan mengesan perkara itu pada bulan Jun lepas dan pihak Obike tidak memberi respon mengenai perkara itu.

Kejadian itu menjejaskan bukan sahaja di kawasan benua Asia kerana servis mereka telah diperluaskan hingga ke Eropah dan UK.

Sementara itu, pihak Obike menyedari perkara tersebut dan sudah membuat tindakan balas bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Kelemahan berpunca daripada jurang di dalam API yang berfungsi untuk pengguna untuk merujuk kawan mereka ke platfrom tersebut.

API tersebut sudah tidak digunakan dan beberapa lapisan keselamatan telah ditambah bagi mengetatkan keselamatan dalam lapisan perisian mereka.



Obike adalah satu platform yang menyediakan basikal untuk disewa oleh sesiapa dan tidak memerlukan basikal untuk dikembalikan ke tempat asal.

Sumber