NZXT Umumkan H700, Desktop Edisi Terhad Nuka-Cola Bertemakan Fallout

NZXT kali ini mengumumkan kerjasama mereka bersama Bethesda Softworks dalam menghasilkan chasis desktop bertemakan permainan Fallout, H700 Nuka-Cola edisi terhad.



Siri terbaru dalam CRFT itu menampilkan chasis-chasis bertemakan permainan popular yang dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Untuk H700, sebanyak 2,000 unit akan dihasilkan.



NZXT juga menyertakan pilihan tambahan berupa penutup logam untuk papan induk N7 Z370 bagi melengkapkan tema Fallout ini. Walau bagaimanapun, penutup logam ini hanya akan dijual dalam 400 unit sahaja.



 

Harga yang ditawarkan untuk CRFT #02 H700 ini adalah RM 1,221.71 seunit manakala N7 Z370 pula adalah RM 203.58.

Sumber