NVIDIA Turing RTX 2080 Ti, 2080 & 2070 Dilancarkan; Berada Di Pasaran Mulai 20 September

NVIDIA di acara GeForce Gaming Celebration telah mengumumkan kad grafik terbaru khusus untuk penggemar gaming, NVIDIA RTX 2080 Ti, 2080 & 2070. Kad grafik dengan seni bina Turing itu akan pertama kali beralih ke platfom RTX yang memperkenalkan teknologi ray tracing dan kebolehan A.I.

Mengikut Jensen Huang, pengasas dan CEO NVIDIA;
Turing membuka satu dunia baru untuk gaming yang memperlihatkan ciri dunia nyata dengan ray tracing, sesuatu yang masih percaya hanya boleh dicapai dalam masa 10 tahun lagi.

Kad terbaru NVIDIA ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang belum pernah ada di dalam kad grafik gaming termasuklah:

  • Teras RT yang membolehkan objek dan persekitaran dikesan dengan ketetapan bayang, pantulan, pembiasan dan termasuklah pencahayaan global.

  • Tensor Core bagi melakukan proses rangkaian neural yang mendalam.

  • Senibina Turing yang baharu bagi membantu proses shader untuk mendapatkan butiran yang tinggi.

  • Sistem memori baharu, GDDR6 dengan memori jalur lebar melebihi 600GB/s.

  • NVIDIA NVLink bagi menggantikan teknologi SLI yang digunakan untuk tetapan lebih dari 1 kad grafik di dalam satu PC.

  • Sokongan terhadap USB-C dan VirtualLink yang membolehkan headset generasi baharu digunakan bersama-sama kad grafik NVIDIA dengan hanya menggunakan satu sambungan USB-C.


Founder's Edition

NVIDIA juga mengumumkan kad grafik NVIDIA Founder's Edition yang direka khas untuk peminat mereka dengan penalaan yang lebih dari kad grafik reference.







Spesifikasi Antara Kad Founder's Edition & Reference

 







Harga



Harga untuk kad NVIDIA RTX 2070 akan bermula dari $499 (RM 2,044.65), NVIDIA RTX 2080 $699 (RM 2,864.15) dan NVIDIA RTX 2080 Ti $999 (RM 4,093.40). Ini adalah untuk kad reference dari NVIDIA. Kad dari pihak ketiga lain seperti ASUS dan MSI mungkin akan ditawarkan pada harga yang lebih murah.

Untuk Founder's Edition pula, berikut merupakan harga jualan kad tersebut:



Diingatkan yang NVIDIA RTX 2070 Founder's Edition tidak lagi dibuka untuk pra-tempahan.

Prestasi



Dari segi prestasi pula, Huang mendakwa kad Turing memberikan 6X lebih prestasi berbanding kad terdahulu, Pascal dan mampu memberikan gaming 4K dengan 60fps. Ianya juga bergantung dengan permainan yang terlibat kerana teknik ray tracing tidak lagi digunakan dengan meluas oleh pembangun permainan.

Sumber: TechPowerUp, VideoCardz, HOTHardware