Nvidia Tambah Metro Exodus Dalam Penawaran RTX Triple Threat Bagi Pembelian Kad Grafik RTX

Nvidia kini telah mengumumkan penawaran RTX Triple Threatgame bundle untuk pembelian kad grafik GeForce RTX mereka.

Sedia menawarkan Anthem dan Battlefield V, sebuah lagi permainan yang ditambah adalah Metro Exodus.

Ketiga-tiga permainan ini boleh didapati dengan setiap pembelian RTX 2080 Ti dan RTX 2080. Sementara itu, bagi RTX 2070 dan RTX 2060, pembeli hanya boleh memilih salah satu permainan sahaja.

Penawaran ini turut melibatkan pembelian laptop yang dikuasakan dengan kad grafik yang disebutkan diatas.

Pengumuman kedua pula berkenaan dengan senarai paparan yang menyokong G-Sync telah dikemaskini dengan tiga lagi model iaitu;

  • BenQ XL2540-B/ZOWIE XL LCD

  • Acer XF250Q

  • Acer ED273 A


Terakhir sekali, Nvidia juga sudah menyediakan driver terbaru bagi memberikan permainan yang lebih optimum melibatkan permainan Apex Legends, Devil May Cry dan The Division II.