Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Sahkan Bakal Ambil Alih Hugging Face Pada Nilai AS$12.93 Bilion

Posted on September 3, 2026September 3, 2026

Bukan lagi khabar angin, NVIDIA kini mengesahkan pihaknya telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Hugging Face pada nilai AS$12.93 bilion (~RM52.28 bilion), dalam satu langkah yang akan menggabungkan syarikat cip AI itu dengan platform yang menjadi antara hab utama komuniti pembangun model AI terbuka.

NVIDIA berkata pengambilalihan ini akan membantu meningkatkan skala platform Hugging Face, mengukuhkan infrastrukturnya dan memperluaskan akses kepada AI untuk pembangun serta institusi di seluruh dunia.

Hugging Face merupakan antara platform utama untuk pembangun berkongsi, mencari dan menggunakan model AI terbuka. Platform itu kini mempunyai lebih 18 juta pembangun, lebih tiga juta model, 500,000 set data dan satu juta aplikasi. Lebih 200,000 syarikat turut menggunakan platform tersebut untuk menemui, menilai, menyesuaikan dan menggunakan AI.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, Hugging Face akan kekal sebagai platform terbuka untuk seluruh ekosistem AI. Pembangun masih bebas memilih model, rangka kerja, penyedia awan, perkhidmatan inferens dan platform pengkomputeran yang sesuai dengan keperluan mereka.

NVIDIA turut menegaskan penggunaan perkakasan pengkomputeran NVIDIA tidak diwajibkan untuk membina atau menjalankan model melalui Hugging Face.

Sementara itu, Hugging Face akan terus menyokong model sumber terbuka dan model open weight daripada seluruh ekosistem, termasuk daripada pelbagai pembangun model. Platform itu juga akan terus menyokong pembangunan dan penggunaan merentas pelbagai jenis accelerator dan platform awan, membolehkan pembangun menggunakan perkakasan serta infrastruktur yang paling sesuai dengan tugasan mereka.

Jumlah repositori NVIDIA di Hugging Face menunjukkan peningkatan sepanjang 2025 hingga Ogos 2026. Sumber: Hugging Face / AI World.

Dalam masa yang sama, NVIDIA turut mempunyai komitmen terhadap pembangunan model terbuka. Huang berkata NVIDIA telah menerbitkan lebih 500 model dan lebih 250 set data terbuka di Hugging Face. NVIDIA sebelum ini turut menyatakan bahawa model open weight, data dan alat terbuka dapat membantu meluaskan akses kepada AI.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress