Nvidia: RTX 3090 Adalah 15% Lebih Pantas Dari RTX 3080 Untuk Permainan 4K

Antara ketiga-tiga kad grafik Nvidia yang dilancarkan, hanya RTX 3080 yang sudah mula dijual kepada umum. Seterusnya adalah RTX 3090 dan untuk RTX 3070 pula, ia pada bulan Oktober kelak.

Disebabkan RTX 3090 kini akan mula dijual tidak lama lagi, Nvidia telah memuat naik kenyataan berita pada laman mereka menceritakan kad tersebut.

Kapsyen: Nvidia GeForce RTX 3090


Menurut mereka, RTX 3090 adalah 10%-15% lebih pantas berbanding RTX 3080 dari aspek permainan 4K.

Walaupun prestasi maksimum RTX 3090 mampu untuk mencapai permainan resolusi 8K HDR, untuk kadar bingkai yang lebih selesa, resolusi 4K adalah lebih sesuai dimainkan.

Jika dibandingkan dengan RTX TITAN pula, ia adalah lebih pantas sehingga 50%.

Kapsyen: Kuasa grafik RTX 3090 sehingga 50% lebih pantas dari RTX TITAN


RTX 3090 merupakan kad grafik paling berkuasa Nvidia untuk tahun ini dan ditujukan khas untuk pengguna yang memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang maksimum.

Nvidia RTX 3090 dipasangkan dengan teras CUDA sebanyak 10,496 dan dilengkapi dengan memori GDDR6X 24GB.

Menurut Nvidia Malaysia, harga jualan kad grafik RTX 3090 ini adalah bermula pada RM7,208. Jualan secara global adalah bermula hari ini.

Berkenaan penawaran kad grafik ini, Nvidia ada menyatakan bahawa unit jualan untuk hari pelancaran rasmi adalah terhad. Sehubungan dengan itu, ia akan ditambah dengan lebih banyak lagi pada minggu-minggu yang mendatang.

Sumber: Nvidia