NVIDIA GTX 2080 & 2080 Ti Semakin Menghampiri, Kad Dari Pelbagai Pengeluar Mula Kelihatan

Selepas pelancaran RTX Quadro, NVIDIA kini semakin aktif di sosial media memandangkan mereka bakal mengeluarkan kad grafik pengguna, NVIDIA RTX 2080 Ti & 2080 di acara berasingan di Gamescom 2018. Belum sempat NVIDIA mengeluarkan kad mereka sendiri (Founders Edition), pengeluar-pengeluar lain seperti Zotac, MSI, Palit, EVGA dan ASUS sudah mula menunjukkan kad grafik NVIDIA versi mereka sendiri. NVIDIA mula menukar nama kad mereka dari GTX ke RTX selepas RTX Quadro mereka menjadi kad grafik Ray Tracing pertama di dunia, mengikut NVIDIA sendiri.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang dipercayai kad grafik NVIDIA RTX 2080 Ti & 2080 bersama-sama kotak mengikut pengeluar masing-masing:

Kapsyen: MSI RTX 2080 Ti GAMING X TRIO


Kapsyen: MSI RTX 2080 GAMING X TRIO


Kapsyen: MSI RTX 2080 Ti Duke


Kapsyen: MSI RTX 2080 Duke


Kapsyen: EVGA RTX 2080


Kapsyen: ZOTAC RTX 2080 Ti AMP


Kapsyen: ZOTAC RTX 2080 AMP


Kapsyen: ASUS RTX 2080 Ti


Kapsyen: ASUS STRIX RTX 2080


Kapsyen: Palit RTX 2080 Ti


Kapsyen: Palit RTX 2080


Gamescom 2018 akan berlangsung pada 21 Ogos sehingga 25 Ogos 2018 di Cologne, Jerman. NVIDIA dijangka akan mengadakan acara GeForce Gaming Celebration sehari lebih awal yang membayangkan pelancaran rasmi kad grafik RTX 2080 Ti & 2080 akan dilakukan kepada pengunjung.

Sumber