Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Akan Diperkenalkan Selepas RTX 3070 Mula Dijual Secara Rasmi

Kad grafik Nvidia GeForce RTX 3080 dan RTX 3090 sudah mula dijual sejak beberapa hari lalu.

Untuk RTX 3070 pula, kad grafik ini akan dijual pada bulan hadapan dan selepas itu, RTX 3060 Ti pula akan diperkenalkan.

Menurut VideoCardz, RTX 3060 Ti dengan memori sebanyak 8GB GDDR6 akan dilancarkan oleh Nvidia tidak lama lagi.

Sebagai perbandingan, ia bakal menggunakan teras CUDA sebanyak 4864 sedangkan RTX 3070 mempunyai 5888 teras CUDA.

Dikhabarkan kuasa penggunaan kad grafik adalah 180W dan mencapai 200W. Ia adalah sedikit rendah berbanding RTX 3070 yang menggunakan 220W.

RTX 3060 Ti bukan satu-satunya kad grafik lain dalam siri RTX 30 kerana terdapat juga model lain seperti RTX 3060 dan RTX 3070 Ti yang turut diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.

Mengenai tarikh pelancaran RTX 3060 Ti ini, Nvidia belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyatan, namun mengikut apa yang dilaporkan, ia bakal diumumkan sekitar penghujung Oktober ini.

Sumber: NvidiaCardz

 

 

 

Berkaitan