Nvidia GeForce RTX 3060 Diumumkan - Kad Grafik Ray Tracing Dari RTX 30 Untuk Semua Orang

Pada bulan lepas, Nvidia telah mengumumkan RTX 3060 Ti yang berharga bermula RM1,800. Hari ni kad grafik varian lebih rendah diperkenalkan iaitu RTX 3060 tanpa Ti.



RTX 3060 ini direka untuk menggantikan kad popular GTX 1060 yang masih lagi ramai digunakan sehingga kini.

Dari segi spesifikasi, ia dilenggkapi dengan 12GB GDDR6, teras CUDA 3584, kelajuan sehingga 1.78GHz dan 12.8 TOPS dengan TDP 170W.



Sebagai kad grafik RTX 30 paling bawah, ia dijual dengan harga rasmi $329 (~RM1,330). Ia bakal tersedia untuk dimiliki bermula hujung Februari kelak.

Rujukan: Nvidia

 

Berkaitan