NVIDIA Dilapor Akan Menghentikan Pengeluaran Siri Grafik RTX 20

Berdasarkan laporan, NVIDIA dijangka akan menghentikan pengeluaran beberapa siri model grafik GeForce RTX 20. Antara model tersebut adalah RTX 2070, RTX 2070 Super, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti.



Siri SUPER yang telah dilancarkan pada tahun lalu juga dimasukkan dalam senarai penamatan pengeluaran itu. Ini mungkin dapat mengesahkan NVIDIA dalam perancangan untuk memperkenalkan lebih daripada satu kad grafik baharu.



Terdapat perkhabaran yang menyatakan NVIDIA kemungkinan akan melancarkan siri grafik GeForce RTX 30 'Ampere' pada 17 September ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenainya.

Dalam pada itu, kad grafik high-end NVIDIA dijangka akan mengalami kekurangan disebabkan output yang tidak mencukupi. Berdasarkan laporan, NVIDIA telah menghantar notis kepada rakan niaga Add-in-Card (AICs).

Menurut maklumat itu, NVIDIA menjangkakan kenaikan harga berikutan peningkatan permintaan dan kekurangan bekalan cip untuk kad grafik mereka.

Sumber: ITHomes via VideoCardz