Nvidia Dan Paccar Berkerjasama Dalam Memperkenalkan Trak Pintar

Pengeluar cip yang berpangkalan di USA, Nvidia Corp memberitahu mereka sedang berkerjasama dengan syarikat pembuat trak iaitu Paccar Inc dalam usaha untuk memperkenalkan kenderaan pintar mereka sendiri.

Paccar yang sebelum ini membawa model trak seperti Kenworth, Peterbilt dan DAF telah mencipta trak konsep yang mampu dipandu secara automatik dengan menggunakan teknologi yang dibawa oleh Nvidia.

Nvidia dikenali sebelum ini sebagai pembekal cip grafik untuk platform PC nampaknya mahu melebarkan sayap mereka dengan memfokuskan pula pada industri automotif melalui teknologi pemaduan sendiri. Teknologi yang sama juga digunakan oleh Tesla Inc untuk model kereta pintar mereka.

Dengan pasaran teknologi pandu sendiri yang kian pesat memperlihatkan beberapa lagi syarikat seperti Alphabet Inc Waymo dan juga pengeluar cip pemprosesan telefon pintar Qualcomm Inc yang juga dilihat mahu berkecimpung dalam industri ini.

 

Intel Corp, pengeluar cip komputer terbesar di dunia, juga dilaporkan telah melangkah masuk ke dalam industri  yang sama apabila mengumumkan mereka telah membeli sebuah syarikat teknologi Israel, Mobileye pada $15.3 bilion.

Sumber