NVIDIA Berikan Peningkatan 85% Kadar Bingkai Dalam Call of Duty Cold War

Keunikan kad grafik NVIDIA adalah ia hadir dengan DLSS dan terbaru NVIDIA menunjukkan prestasinya terhadap beberapa permainan yang menyokongnya.

Antara permainan tersebut adalah Call of Duty Cold War yang menampilkan DirectX 12 dimana raytracing, bayang-bayang objek serta bayang dari matahari kelihatan menakjubkan.

https://www.youtube.com/watch?v=iBtVJdbNo98&feature=youtu.be

Malah, NVIDIA DLSS juga memberikan peningkatan sebanyak 85% kadar bingkai bagi permainan ini walaupun ia dimainkan pada resolusi 4K.

https://www.youtube.com/watch?v=-G6sKZSxGP8

Sehingga kini, lebih daripada 25 judul permainan yang menyokong teknologi DLSS daripada NVIDIA.

Pada masa yang sama, anda boleh miliki Call of Duty: Black Ops Cold War ini secara percuma dengan pembelian kad grafik RTX 3080 atau RTX 3090 sehingga 10 Disember.