Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1

NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1

Diterbitkan Jun 14, 2021 oleh ariff bukhari

NVIDIA dilaporkan merancang untuk menamatkan sokongan kemas kini pemacu grafik mereka terhadap komputer yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7, Windows 8 dan Windows 8.1 pada lewat tahun ini.

Sebaliknya hanya akan memfokuskan kemas kini kepada komputer yang menggunakan sistem operasi terbaru Windows 10 sahaja. Kemas kini tersebut merangkumi ciri baru, pembetulan pepijat, dan peningkatan prestasi.

Ia didedahkan NVIDIA menerusi laman sokongan mereka.

“In order to ensure GeForce owners experience the best possible security, support, and functionality, NVIDIA will now focus on Windows 10 operating system.” NVIDIA.

Walaubagaimanapun, kemas kini keselamatan masih akan terus ditawarkan NVIDIA kepada pengguna Windows 7, Windows 8, atau Windows 8.1 sehingga September 2024 nanti.

Untuk pengetahuan anda, walaupun kini semakin ramai menggunakan sistem Windows 10 untuk operasi komputer mereka, tetapi masih terdapat sebahagian kecil pengguna komputer yang setia bergantung kepada sistem Windows 7 dan Windows 8.

Screenshot 2021-06-14 at 22.28.11
Peratusan pengguna sistem Windows di seluruh dunia setakat bulan Mei 2021. Kredit: Statcounter

Kemas kini terakhir yang akan ditawarkan NVIDIA kepada Windows 7, Windows 8, atau Windows 8.1 adalah pada 31 Ogos 2021 menerusi final Game Ready Driver dan 4 Oktober 2021 menerusi first Game Ready Driver.

Sumber: Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY