Nubia Red Magic Mars Bakal Ke Pasaran Global Awal Tahun Hadapan

Red Magic Mars merupakan siri kedua dibawah keluarga peranti menfokuskan permainan mudah alih Nubia, Red Magic. Ia telah dilancarkan di China pada hujung bulan yang lepas.

Berita baik bagi mereka yang mengidamkan peranti ini namun berada di luar China, hajat anda mungkin akan kesampaian seawal bulan hadapan.

Ini kerana menurut laporan GizmoChina, Nubia telah mengesahkan bahawa mereka akan mula memasarkan peranti tersebut secara global pada awal tahun hadapan.

Baca juga: Nubia Red Magic Mars Dilancarkan, Hadir Dengan Pilihan 10GB RAM & Snapdragon 845



Walaupun tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi, pemerhati menjangkakan ia akan berlaku pada bulan Januari atau sekurang-kurangnya sebelum acara MWC 2019 berlangsung.

Ia memandangkan peranti ini masih kekal menggunakan cip Snapdragon 845 sambil MWC yang akan diadakan pada hujung Februari nanti akan menampilkan beberapa buah peranti dengan Snapdragon 855 yang lebih canggih.

Nubia Red Magic Mars ini hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh, sokongan sistem Android 9 Pie dari dalam kotak selain mempunyai tiga pilihan variasi memori iaitu 6GB, 8GB dan 10GB RAM.

Buat masa ini, pasaran manakah yang akan ditembusi Nubia masih lagi belum dapat diketahui. Diharapkan pasaran Malaysia turut akan menerima ketibaan peranti ini nanti.

 

Sumber: GizmoChina