Nubia Red Magic 5S Dilancarkan - Peranti Gaming Snapdragon 865, Skrin 144Hz Dan Kipas Terbina

Pada Mac lalu, Red Magic 5G telah dilancarkan selaku peranti pertama dengan panel 144Hz. Kali ini, pihak Nubia kembali semula dengan model terkini Red Magic 5S yang membawakan penaik tarafan dari segi sistem penyejukan.



Dari keseluruhan spesifikasi, ia sama sahaja dengan Red Magic 5G sebelumnya dengan Snapdragon 865 dan RAM sehingga 16GB RAM. Storan dalaman pula adalah bersaiz 256GB dengan UFS 3.1.

Paparan berukuran 6.65 inci Full HD+ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz serta input sentuh 240Hz.

Red Magic 5S debuts with improved cooling system, 144Hz refresh rate display and Snapdragon 865

Perbezaan utama dengan model sebelumnya adalah Red Magic 5S dilengkapi dengan pad penyejuk dari bahan binaan perak.

Dikatakan ia akan memberikan hasil lebih efektif berbanding kuprum biasa. Peranti juga tetap mempunyai kipas terbina yang bukan sahaja turut menurunkan haba ketika bermain tetapi juga ketika mengecas peranti.

Red Magic 5S debuts with improved cooling system, 144Hz refresh rate display and Snapdragon 865

Bahagian belakang memuatkan kamera 64MP utama dibantu dengan 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Terdapat juga pencahayaan RGB untuk kepuasan hati para gamers sekalian di belakangnya.



Kamera swafoto pula adalah dari sensor 8MP. Peranti masih mempunyai kapasiti bateri besar yang sama iaitu 4,500mAh dan pengecasan pantas 55W.

Di China, Red Magic 5S dijual dalam pilihan warna dwi-tona merah/biru dan juga perak bermula CNY 3,799 (~RM2,304).