Nubia Red Magic 2 Bakal Hadir Dengan Sistem Bunyi 3D Serta DTS 7.1

Beberapa minggu lalu, Nubia telah pun mengesahkan bahawa peranti menfokuskan permainan mudah alih, Red Magic akan dilancarkan tidak lama lagi. Sejak itu, terdapat beberapa maklumat mengenainya mula tertiris atas talian.

Yang terbaru, peranti berkenaan dikatakan akan hadir dengan sistem bunyi DTS 7.1 yang disertai oleh 3D surround. Berita ini disambut baik memandangkan ia akan membantu dalam memberikan pengalaman bermain permainan video yang lebih menarik kepada penggunanya nanti.

Kredit: Weibo

Selain itu, beberapa ciri lain yang turut telah didedahkan ialah penggunaan cip Snapdragon 845. Ini adalah cip yang lebih baik berbanding Red Magic keluaran pertama yang menggunakan Snapdragon 835. Sambil itu, Nubia juga dilaporkan akan menyediakan variasi RAM sehingga 10GB untuk model ini nanti.

Malah, ia juga didakwa akan mempunyai dua sistem penyejukan iaitu penyejukan cecair dan udara. Ini sekaligus akan membenarkan peranti sentiasa berada pada suhu yang optimum meskipun selepas bermain games untuk tempoh yang lama.

Terdapat ura-ura yang menyatakan peranti ini akan dirasmikan pada 31 Oktober nanti, namun tiada sebarang pengesahan rasmi yang diperolehi hingga ke hari ini. Begitu juga mengenai harga yang akan ditawarkan untuknya. Diharapkan agar peranti ini akan menemui peminat permainan mudah alih di Malaysia selepas dilancarkan nanti.

 

Sumber: Gizmochina

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408