Nubia Red Magic 2 Bakal Dilancarkan Sebagai Red Magic Mars

Anak syarikat ZTE, Nubia telah memperkenalkan sebuah peranti menfokuskan permainan mudah alih, Red Magic pada April yang lalu. Dan pada bulan lepas, timbul pula laporan mengenai model kedua di bawah siri berkenaan yang dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sehubungan dengan perkara itu, baru-baru ini satu tersebar ura-ura menyatakan bahawa model itu nanti akan diperkenalkan sebagai Nubia Red Magic Mars.

Malah, CEO Nubia, Ni Fei telah pun berkongsi satu tangkapan skrin yang memaparkan markah yang diterima oleh peranti tersebut dari laman penanda aras Antutu.

Kapsyen: Kredit: BGR


Menurut jumlah skor yang diterima oleh Red Magic Mars ini, ia adalah lebih tinggi daripada Xiaomi Black Shark Helo(~300,000). Malah, ia juga dikatakan telah menewaskan siri Huawei Mate 20 yang menggunakan sistem cip yang lebih terkini.

Peranti ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 serta mempunyai pilihan memori sehingga 10GB RAM. Dengan jumlah markah yang diterima, ternyata model baru Nubia ini adalah salah satu telefon menfokuskan permainan video terbaik yang pernah dihasilkan.

Nubia Red Magic Mars ini dikatakan akan mula dijual pada bulan hadapan dengan harga sekitar $550(~RM 2,303).

 

Sumber: BGR India