Negeri terbabit ialah Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi negeri lain, ianya akan bermula lewat beberapa hari berikutan kesediaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan persediaan staf.
Sementara itu, notifikasi janji temu untuk penerima vaksin akan dihantar bermula hari ini melalui aplikasi MySejahtera.
Menurutnya, notifikasi akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh janji temu, manakala peringatan melalui SMS dan panggilan pula akan dibuat pada tiga dan satu hari sebelum janji temu.
https://twitter.com/Khairykj/status/1378948986036363264
Kehadiran pula adalah diwajibkan bagi mereka yang mendaftar dan memilih butang hadir untuk menerima suntikan vaksin. Ia berikutan perancangan rapi telah dibuat di setiap PPV, selain mengelakkan pembaziran vaksin.
Dalam pada itu, beberapa saranan juga akan dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersama Kementerian Sumber Manusia. Antaranya termasuk menyarankan agar majikan membenarkan pekerja untuk hadir bagi sesi vaksinasi yang ditetapkan.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- MCMC: Terdapat Penyalahgunaan, Waspada Jika Terima SMS Scam Daripada 'MySejahtera'
- 1.4 Juta Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap
- Seorang Kakitangan SKMM Disahkan Positif Covid-19, Kaunter Aduan Pengguna Ditutup
- Ini Adalah 5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi COVID-19, Boleh Dilakukan Bermula Mac Nanti
- Data Peribadi Pendaftar Vaksin COVID-19 Tidak Dikongsi Kepada Syarikat Pengeluar
- WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS
- Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
- Aplikasi MySejahtera Akan Dijadikan Platform Digital Kesihatan Awam
- Data Peribadi Pengguna MySejahtera Perlu Dihapuskan Selepas 6 Bulan PKP Tamat
- Ini Antara Aplikasi Pengesanan Kontak Covid-19 Yang Dibangunkan Di Malaysia