NordVPN: India Merupakan Negara Paling Kurang Risiko Terdedah Dengan Jenayah Siber

Terkini kajian dari NordVPN dan Statista telah menyenaraikan indeks jenayah siber 50 negara di seluruh dunia.

Melalui data yang diperolehi, ia memaparkan 5 negara paling berisiko terdedah dengan jenayah siber adalah Iceland, Sweeden, Arab Bersatu, Norway, dan juga Amerika Syarikat.

5 negara paling kurang terdedah pula adalah India, Nigeria, Iraq, Indonesia, dan Afrika Selatan. Ini menunjukkan satu trend yang konsisten di mana semakin maju sesebuah negara tersebut, semakin terdedah mereka dengan jenayah siber.



Ini adalah selari dengan negara India sebagai negara paling kurang terdedah kerana hanya 1/3 dari populasinya menggunakan internet dan kurang dari 1/4 menggunakan peranti pintar.

Akan tetapi jenayah siber menurun jika pengguna kurang menggunakan internet. Jadi, penduduk di India (misalnya) yang lebih kaya sudah tentu akan mengakses internet lebih lama berbanding kebanyakan orang lain. Secara tidak langsung, mereka lebih terdedah berbanding dengan purata penduduk India yang biasa.

Malaysia?


Malaysia dikategorikan sebagai pertengahan mengikut statistik dari mereka. Ia juga bermakna jurang perbezaan penggunaan internet di Malaysia adalah tidak sejauh di India atau negara lain yang berisiko rendah terhadap jenayah siber.



Sumber: NordVPN