Nombor Versi WiFi Kini Lebih Mudah Untuk Diingati

Teringat suatu ketika dahulu ketika mengambil peperiksaan kertas rangkaian tanpa wayar, antara soalan yang diajukan adalah jenis-jenis WiFi.

Agak sukar (alasan, padahal malas baca) sebenarnya untuk mengingati setiap versi WiFi yang yang dinamakan dengan nombor yang berbeza serta bercampur dengan abjad.

Sebelum ini, versi WiFi dikenali dengan 802.11n, 802.11ac dan lain-lain.

Terbaru, WiFi Alliance, sebuah badan gabungan antara pengeluar peranti telah memperkenalkan sistem penamaan versi WiFi yang lebih mudah difahami terutama sekali pengguna biasa.

Perubahan nama adalah seperti berikut.

  • 802.11b - Wi-Fi 1

  • 802.11a - Wi-Fi 2

  • 802.11g - Wi-Fi 3

  • 802.11n - Wi-Fi 4

  • 802.11ac - Wi-Fi 5

  • 802.11ax - Wi-Fi 6


Tambahan lagi, WiFi Alliance juga mahu antaramuka perisian memperlihatkan versi WiFi.



Dengan itu, pada masa depan, peranti seperti telefon pintar dan komputer anda akan memaparkan simbol seperti diatas.

Mengenai WiFi 6, ia dijangka mula dilaksanakan kepada umum pada tahun hadapan.

Sumber: WiFi Alliance via The Verge