Nomad Menghasilkan Aksesori Kabel USB-C Yang Diperbuat Daripada Kevlar

Juga beberapa aksesori baru lain yang turut diperbuat daripada kevlar.


Pengeluar aksesori premium bagi peranti pintar, Nomad telah menghasilkan aksesori yang diperbuat daripada bahan Kevlar. Antara aksesori kabel yang menggunakan Kevlar termasuklah USB-C to Lightning, Lightning Cable, Universal Cable dan Battery Cable.

Kabel-kabel tersebut diperbuat daripada Kevlar K29, iaitu bahan versi industri yang banyak digunakan pada kereta perisai, baju kalis peluru, topi keselamatan tentera dan aksesori keselamatan seperti sarung tangan yang digunakan dalam industri berat.



Kevlar merupakan bahan fiber sintetik yang sangat kuat dan tahan haba yang dicipta oleh syarikat DuPont sejak 1965. Nomad dan DuPont telah berkolaborasi bagi menghasilkan aksesori tahan lasak khsusus untuk pengguna peranti pintar.

Anda boleh menonton sendiri ketahanan kabel Nomad yang menggunakan bahan Kevlar oleh DuPont ini yang diuji sehingga mampu menarik sebuah kenderaan.

Harga kabel Nomad dengan Kevlar ini berharga dari USD29.95.

https://www.youtube.com/watch?v=Ugg8n0klPO8&feature=youtu.be