Nokia Pula Mahu Perkenalkan Peranti Menfokuskan Permainan Mudah Alih

Melihat kepada kebangkitan industri permainan mudah alih sejak kebelakangan ini, beberapa syarikat pembangun peranti telah bertindak memperkenalkan peranti menfokuskan permainan mudah alih masing-masing. Honor, Xiaomi, Asus, Razer dan ZTE kesemuanya telah memilikinya. Kini, tiba masa untuk Nokia pula menyertai barisan ini tidak lama lagi.

Hal ini seakan hampir pasti memandangkan Nokia India melalui akaun Twitter mereka(@NokiamobileIN) telah membuat satu kiriman video acah mengenainya. Dalam video tersebut, bayangan sebuah peranti dengan tanda pagar #GameOn telah dipaparkan.

https://twitter.com/NokiamobileIN/status/1042057419428311040

Setakat ini kami masih belum dapat memperolehi maklumat mengenai spesifikasi, reka bentuk mahupun nama model berkenaan. Namun, sebagai peranti yang menfokuskan permainan, kami jangkakan ia akan memiliki spesifikasi dalaman yang berteknologi tinggi sekaligus dilancarkan sebagai peranti kelas perdana.

 

Sumber