Nokia Perkenalkan Penghala WiFi Beacon 1

Harga bermula dari USD129.00.


Nokia telah melancarkan produk terbaru mereka penghala WiFi Beacon 1. Penghala terbaru ini merupakan alternatif kepada model premiumnya, Nokia WiFi Beacon 3 yang telah dilancarkan pada Februari lalu.

Tidak seperti model premiumnya, Nokia WiFi Beacon 1 ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah dan mampu dimiliki. Bagi 1 unit Beacon 1, harganya adalah bermula dari USD129.00 sahaja. Tetapi jika anda membeli 3 unit sekaligus, ia hanya berharga USD299.00.



Walaupun harganya lebih murah, tetapi ia tetap memberikan prestasi terbaik menyamai model premiumnya.

WiFi Beacon 1 ini dilengkapi dengan 2 sambungan gigabit Ethernet (LAN dan WAN) serta menyokong teknologi Nokia WiFi Mesh yang berfungsi menukar secara automatik dan menggabungkan sambungan Ethernet 5 GHz Wi-Fi dan 2.4 GHz bagi memberikan capain terbaik kepada peranti.

Setiap unit Beacon 1 pula mampu meliputi capaian sehingga 1500 kaki persegi. Maka sekiranya rumah anda tersangat luas dan mahu mendapatkan capaian yang menyeluruh, anda perlu menggunakan lebih daripada 1 unit Beacon 1.

Kapsyen: 3 Unit Nokia WiFi Beacon 1 mampu meliputi kawasan seluas 4500 kaki persegi.


Beacon 1 sudah pun boleh dibeli menerusi laman Amazon.com. Bagi mendapatkan info lebih lanjut tentang produk terbaru Nokia ini, sila layari laman Nokia.com.