Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia N95 Media Keys Open

Nokia N95 Bakal Membuat Kemunculan Semula

Diterbitkan Februari 13, 2017 oleh Haikel Areff

Masih ingat lagikah anda zaman kegemilangan Nokia N-Series pada suatu ketika dahulu. Dengan dikuasakan dengan sistem operasi Symbian, ianya merupakan peranti pilihan buat penggemar musik, kamera dan game.

Mengikut laporan, Nokia bakal menghidupkan semula model N-series. Jika ianya benar, Nokia dijangka memperkenalkan telefon pintar baru yang diberi nama Nokia N95 di MWC 2017, 26 Februari ini. Nokia N95 versi pertama dilancarkan pada tahun 2007 dengan ciri slide yang cool.

nokia-n95

Nokia N95 versi terbaru ini dilihat bakal dibina dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 600 walaupun ramai yang mengharapkan cip yang lebih advance Snapdragon 652. Ianya merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dari Nokia yang mensasarkan jualan 50 juta unit dengan model N-series yang diberikan nafas baru ini. Maknanya, Nokia akan tampil dengan beberapa lagi model terbaru di bawah model N-series kelak.

Walaupun dengan pelancaran telefon pintar Android pertama Nokia 6 bulan lepas dilihat sebagai kemunculan semula Nokia, namun peranti seterusnya seperti N-series yang memegang tanggungjawab besar untuk menaikkan semula nama Nokia di pasaran telefon pintar ketika ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY