Nokia Menerima RM 8.5 Bilion Sebagai Sebahagian Daripada Penyelesaian Perjanjian

Nokia mengesahkan yang mereka bakal menerima bayaran tunai dari Apple sebagai bayaran penyelesaian dalam saman lesen paten yang berlaku pada bulan May lalu.

Nokia menyaman Apple dalam 32 kes pelanggaran paten dalam teknologi berkaitan paparan, antaramuka pengguna, perisian, antena, chipset dan pengekoden video.

Pada bulan May lalu, 2 syarikat itu telah menyelesaikannya di luar mahkamah dan persetujuan telah diberikan kepada Apple untuk menggunakan teknologi tersebut.

Dalam perjanjian tersebut, Nokia membekalkan Apple dengan produk infrastruktur rangkaian dan servis manakala Apple akan menjual produk kesihatan digital Nokia di dalam kedai atas talian dan kedai peruncitan Apple.

2 syarikat itu juga bersetuju untuk bekerjasama dalam initiatif kesihatan digital.

Perjanjian itu akan membantu Nokia dalam perolehan berkaitan lesen paten dan mengukuhkan kedudukan pegangan tunai Nokia untuk suku kedua untuk tahun fiskal 2017.

Sumber