Nokia Lite Earbuds Dilancarkan, Ketahanan Bateri Sehingga 36 Jam

Selain pelancaran telefon pintar, HMD Global turut mengumumkan sepasang fon telinga tanpa wayar TWS iaitu Nokia Lite Earbuds (BH-205).



Melihat pada rekaan, ianya kelihatan hampir sama seperti OnePlus Buds Z. Fon telinga ini dilengkai pemacu 6mm dan boleh disambungkan melalui Bluetooth 5.0.



Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 40mAh untuk setiap satu bud, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 6 jam bagi pengecasan penuh. Sementara itu, kerangka fon telinga mempunyai bateri 400mAh dan boleh bertahan sehingga 36 jam penggunaan.

Untuk pengecasan kerangka, ia boleh dicas menggunakan USB-C. Nokia Lite Earbuds didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Charcoal dan Polar Sea serta dijual pada harga €75 (~RM369).