Nokia Jadualkan Pelancaran Peranti Baru Pada 4 Oktober Ini

Beberapa hari lalu, kami melaporkan mengenai satu video acah dari Nokia India yang menggambarkan sebuah peranti menfokuskan permainan mudah alih dari mereka.

(Kemaskini : Kiriman itu telah pun dibawa keluar dari Twitter) 

https://www.youtube.com/watch?v=CFU5HE51VrM

Kredit : Haidar Ridha@YouTube


Sehubungan dengan itu, jemputan ke satu majlis pelancaran telah diedarkan oleh pihak Nokia kepada rakan-rakan media mereka di Eropah yang akan diadakan pada 4 Oktober ini.

Nokioteca, sebuah blog Itali telah menerima jemputan ke satu majlis yang akan diadakan di Milan manakala Pocket-link turut menerima jemputan pada tarikh yang sama, namun ke satu majlis yang akan diadakan di kota London.



Nokia 9 dan Nokia 7.1 adalah dua model yang digembar-gemburkan akan diperkenalkan pada tarikh tersebut. Sebahagian besar pemerhati industri memilih Nokia 9 memandangkan ia merupakan sebuah peranti kelas perdana, sesuai untuk digunakan untuk bermain permainan video.

Ia dijangka akan menggunakan sistem cip premium Snapdragon 845 berbanding Nokia 7.1 yang dilaporkan akan hadir dengan Snapdragon 710. Atau mungkinkah Nokia akan memperkenalkan siri baru khas untuk permainan video pada kali ini? Sama-sama kita nantikan jawapannya.

 

Sumber