Nokia Dijangka Melancarkan Telefon Baharu Pada April Ini

HMD Global akan mengadakan sebuah acara yang akan berlangsung pada 8 April ini. Menerusinya, kita mungkin bakal lihat telefon pintar baharu daripada Nokia dilancarkan.

Berdasarkan ura-ura, Nokia X10 dan Nokia X20, iaitu barisan telefon pintar mampu milik akan diperkenalkan semasa acara ini. Tambahan lagi, Nokia G10 yang baru-baru ini telah menerima pengesahan SIRIM turut dijangka akan dilancarkan.

Untuk spesifikasi, kedua-dua telefon Nokia X10 dan Nokia X20 akan menyokong rangkaian 5G. Selain itu, Geekbench juga mendedahkan ia dikuasakan cip Snapdragon 480.



Dari segi konfigurasi memori, Nokia X20 mungkin dilengkapi 6GB RAM dan 128GB storan dalaman sementara Nokia X10 pula 6GB RAM serta 32GB.

Harga jualan dijangka €300 (~RM1474) untuk Nokia X10, manakala Nokia X20 adalah sekitar €350 (~RM1720).

Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak. Mungkinkah ada perkara unik yang bakal diperkenalkan Nokia nanti kerana melihat pada spesifikasi dan harganya, tiada apa-apa yang menarik untuk ditawarkan kepada pengguna.

Sumber: Nokia via phonearena