Lagi telefon pintar mampu milik dari Nokia untuk peminat Android.
Pengguna Twitter bernama Evan Blass telah berkongsikan imej model terbaru telefon pintar dari Nokia yang menggunakan kod nama "Captain America" di dalam akaun peribadi Twitter miliknya baru-baru ini.
Selain itu beliau juga turut berkongsikan sedikit info spesifikasi tentang Nokia "Captain America" itu. Antara spesifikasi yang dikongsikan adalah telefon pintar Nokia itu akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2 inci, kapasiti RAM 6GB dan storan bersaiz 64GB.
Selain itu, Nokia "Captain America" juga akan dilengkapi dengan ciri imbasan cap jari dan takuk "waterdrop".
Walaubagaimanapun, tidak pula dinyatakan jenis cip pemprosesan dan kapasiti bateri yang akan muatkan ke dalam telefon pintar tersebut.
Tetapi Evan Blass ada menyatakan bahawa Nokia "Captain America" akan dijual pada harga USD180.00.
Nokia "Captain America" dijangka akan diperkenalkan secara rasminya oleh HMD Global di acara MWC 2020 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol dari 24 Februari hingga 27 Februari 2020.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Pepijat Pada Aplikasi Kamera Peranti Android Menyebabkan Ia Boleh Digodam Dan Merakam Video Tanpa Kebenaran Pengguna
- Lagi Perisian Hasad Eksploitasi Kecacatan Ciri Keselamatan Android, Tapi Pengguna Jangan Risau
- Samsung Galaxy S23 Ultra - Pelengkap Ekosistem Android Yang Terbaik Buat Masa Ini
- Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Menerima Sokongan Naik Taraf Sehingga 3 Generasi Sistem Operasi Android
- Seakan Tuntut "Cerai", HarmonyOS Tidak Akan Lagi Sokong Aplikasi Berasas Android
- Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker
- Tarikan iPhone Semakin Merosot, Pengguna Kini Lebih Tertarik Kepada Peranti Android
- 5 Aplikasi Suntingan Video Terbaik Untuk Peranti Android Di Hari Raya Ini
- Pengguna Android Dan Windows Bakal Boleh Ber "Facetime" Dengan Pengguna iPhone
- Skor Awal Tanda Aras Prestasi iPhone 13 Menunjukkan Ia Jauh Meninggalkan Telefon Pintar Android