Nokia Dan Vodafone Mahu Lancar Rangkaian 4G Di Bulan

Ketika rangkaian 4G di Bumi masih lagi belum menjengah ke sesetengah kawasan, dua gergasi teknologi sudah berura-ura mahu mengadakan sambungan tersebut di Bulan.

Perancangan yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2019 merupakan gabungan antara Nokia dan Vodafone bersama-sama sebuah firma angkasa lepas swasta berpengkalan di Jerman, PTScientist.

Tahun lalu, PTScientists ada mengutarakan rancangan untuk pergi ke kawasan pendaratan roket Apollo yang berlaku pada 1972.

Misi ke Bulan itu akan menyaksikan dua buah kenderaan angkasa, Audi Lunar Quattro Rovers akan diterbangkan keangkasa menerusi roket SpaceX Falcon 9.



Kenderaan itu akan bersambung menerusi 4G dengan stesen pengkalan data pada roket, membolehkan penghantaran data dan penstriman video berdefinisi tinggi dibuat. Selepas itu data berkenaan akan dipancarkan ke bumi dengan sambungan lain.

Melaluinya, gambar kenderaan lama yang ditinggalkan sejak pendaratan Apollo 17 sejak 46 tahun lalu dapat diambil dengan lebih jelas.

Sumber: Sky News