Nokia dan T-Mobile Tandatangani Perjanjian Berkaitan Teknologi 5G

Sebelum ini, kami telah laporkan beberapa usaha untuk memperkenalkan teknologi 5G oleh syarikat pembangun peranti mahupun penyedia perkhidmatan mudah alih. Baru-baru ini, tiba giliran Nokia dan T-Mobile pula bekerjasama bagi menjadikan perkara ini satu kenyataan.

Perjanjian kerjasama yang dimeterai oleh mereka dikatakan berjumlah $ 3.5 billion(~RM 14.22 billion). Menurut laporan, Nokia perlu membekalkan teknologi dari segi perisian dan peralatan 5G kepada T-Mobile sementara pembekal tersebut berusaha menyediakan infrastruktur 5G mereka.


Kredit : T-Mobile


MoU yang terhasil ini amat penting bagi kedua-dua belah pihak di mana mereka mungkin akan menjadi yang pertama untuk menyediakan perkhidmatan tersebut di dunia. Ini kerana, pencabar mereka seperti Huawei dan Ericcson  masih belum melakukan sesuatu yang kukuh bagi menghasilkan teknologi 5G ini.

Melihat kepada perkembangan teknologi 4G yang semakin berkurangan, 5G diramal akan tersedia buat kali pertama pada tahun 2019. Seperti 4G, pengguna di Malaysia mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menerima kemudahan ini.

Sumber