Nokia Berikan Kemaskini Lebih Pantas Berbanding Pengeluar Lain

Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, Nokia bukan sahaja nama yang gah mendominasi pasaran telefon suatu ketika dahulu malah kini dikenali sebagai pengeluar yang pantas memberikan kemaskini kepada barisan peranti mereka.

Menuruti laporan kajian yang dijalankan oleh  firma penyelidikan global, Counterpoint Research baru-baru ini, ia memperlihatkann Nokia paling aktif dalam penawaran kemaskini untuk pengguna. Hasil penelitian tersebut menunjukkan sejak Android Pie mula dilepaskan tahun lalu, sebanyak 96% peranti Nokia sudah dinaik taraf kepada sistem operasi itu sementara Samsung menyusul dibelakang dengan 89%.

Di tangga ketiga pula adalah Xiaomi (84%),dan belakangnya kelihatan jurang yang agak ketara membabitkan jenama-jenama seperti Lenovo (43%), OPPO (35%), Vivo (18%), LG (16%), Alcatel (14%) serta lain-lain.



Melalui pengoperasian Android One pada peranti Nokia, ia menjanjikan kemaskini lebih pantas berbanding pengeluar lain yang perlu menyesuaikannya mengikut sistem android versi masing-masing. Bagaimana pengalaman anda dalam mengemaskini peranti? Lambat atau cepat?

Sumber: Counterpoint Research via The Inquirer