Khabar Angin Mengatakan Nokia Bakal Perkenalkan 5 Peranti Baru Tahun Hadapan

Pada bulan Februari tahun hadapan, acara Mobile World Congress bakal dilangsungkan. Ianya adalah sebuah acara dimana kebanyakan syarikat pembuat gajet akan mempamerkan produk-produk terbaru mereka dan ianya merupakan pentas dimana HMD Global akan gunakan untuk mempamerkan peranti Nokia.

gsmarena_002

Menurut sumber, akan terdapat 4 peranti baru yang bakal diperkenalkan pada acara tersebut dan ini termasuklah telefon Nokia D1C yang telah disebutkan pada bulan lepas. Nokia D1C juga bakal doperkenalkan dengan dua variasi iaitu skrin 5 inci/RAM 2GB dan skrin 5.5 inci/RAM 3GB. Kedua-duanya akan menggunakan cipset Snapdragon 430. Ianya bakal dijalankan dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Ianya masih menjadi tanda tanya sama ada 4 peranti baru yang lain juga adalah telefon pintar atau tidak. Namun, menurut kenyataan dari Nokia sendiri, mereka mahu menjadikan tahun 2017 sebagai era 'comeback' dalam arena telefon. Jadi, kemungkinan besar juga kesemua peranti yang diperkatakan ini adalah telefon pintar cuma dibina dengan berlainan spesifikasi.

Sama-sama kita nantikan.

 

 

 

their introduction.