Nokia Akan Keluarkan Dua Telefon Pintar Baru Mereka September Ini.





Sejak zaman kegemilangan Nokia 3310 atau Nokia 33 sekupang, Nokia belum lagi betul betul mengeluarkan telefon bimbit yang betul betul berjaya memenangi hati pengguna. Sejak kebangkitan Samsung dan Apple dalam pasaran telefon bimbit, Nokia seakan akan hilang dari pandangan sehingga Nokia sendiri mahu menjual syarikat mereka kepada Microsoft pada 2014.



Kini Nokia telah bersedia untuk membuat kemunculan setelah sekian lama menghilang. Nokia dilaporkan akan menghasilkan telefon pintar dan tablet yang dikuasai Android pada tahun ini.



Mengikut laporan, Presiden Nokia China, Mike Wang telah mengumumkan bahawa Nokia akan datang dengan tiga atau empat peranti baru. Nokia sebenarnya mendapat kekangan dari Microsoft untuk mengeluarkan peranti mereka sendiri kerana terpaksa mengikut perjanjian mereka dengan Microsoft sebelum ini yang akan tamat sehingga 2016.



Dikhabarkan peranti ini tidak akan di hasilkan di kilang Nokia sebelum ini. Mengikut perjanjian lesen jenama, ianya akan dihasilkan oleh syarikat Finland, HMD Global. Pada awal tahun ini, Nokia telah memberikan lesen eksklusif kepada HMD Global untuk menghasilkan telefon pintar dan tablet Nokia untuk 10 tahun.





ADVERTISEMENT



x



Julai lalu, khabar mengatakan HMD Global telah bersedia mengeluarkan peranti Nokia dalam masa yang terdekat ini dengan peranti yang memiliki skrin berukuran 5.2 inci dan 5.5 inci , paparan beresolusi 2K (QHD) dan datang bersama sijil IP68 yang bermakna ianya akan memiliki ciri kalis air yang ekstrem.



Tidak sabar rasanya untuk melihat bagaimana Nokia akan bermain di pasaran telefon pintar dan mengembalikan memori Nokia dengan nafas baru.