Sejak zaman kegemilangan Nokia 3310 atau Nokia 33 sekupang, Nokia belum lagi betul betul mengeluarkan telefon bimbit yang betul betul berjaya memenangi hati pengguna. Sejak kebangkitan Samsung dan Apple dalam pasaran telefon bimbit, Nokia seakan akan hilang dari pandangan sehingga Nokia sendiri mahu menjual syarikat mereka kepada Microsoft pada 2014.
Kini Nokia telah bersedia untuk membuat kemunculan setelah sekian lama menghilang. Nokia dilaporkan akan menghasilkan telefon pintar dan tablet yang dikuasai Android pada tahun ini.
Mengikut laporan, Presiden Nokia China, Mike Wang telah mengumumkan bahawa Nokia akan datang dengan tiga atau empat peranti baru. Nokia sebenarnya mendapat kekangan dari Microsoft untuk mengeluarkan peranti mereka sendiri kerana terpaksa mengikut perjanjian mereka dengan Microsoft sebelum ini yang akan tamat sehingga 2016.
Dikhabarkan peranti ini tidak akan di hasilkan di kilang Nokia sebelum ini. Mengikut perjanjian lesen jenama, ianya akan dihasilkan oleh syarikat Finland, HMD Global. Pada awal tahun ini, Nokia telah memberikan lesen eksklusif kepada HMD Global untuk menghasilkan telefon pintar dan tablet Nokia untuk 10 tahun.
x
Julai lalu, khabar mengatakan HMD Global telah bersedia mengeluarkan peranti Nokia dalam masa yang terdekat ini dengan peranti yang memiliki skrin berukuran 5.2 inci dan 5.5 inci , paparan beresolusi 2K (QHD) dan datang bersama sijil IP68 yang bermakna ianya akan memiliki ciri kalis air yang ekstrem.
Tidak sabar rasanya untuk melihat bagaimana Nokia akan bermain di pasaran telefon pintar dan mengembalikan memori Nokia dengan nafas baru.
Berkaitan
- Xiaomi Mi 6S - Peranti Pertama Xiaomi Dengan Android Pie Muncul Secara Tiba-Tiba Di Laman Geekbench
- BlackBerry Berhenti Membina Telefon
- Samsung Galaxy S10+ Akan Memiliki 5 Kamera
- iPhone 8 Akan Hadir Dengan Sokongan Cas Tanpa Wayar?
- Imej Sebenar Samsung Galaxy S10e Tertiris, Tampil Dengan Rekaan Paparan Tebuk Yang Agak Besar
- (Rabak Kotak) OnePlus 6T
- IFA 2016 : Qualcomm Melancarkan Peranti VR The Snapdragon VR820
- CFM ANIMATCH 2019 - Peluang Penggiat Dunia Animasi Tempatan Untuk Rebut Wang Tunai Sehingga RM20,000
- Apple Memperkenalkan Fon Kepala Tanpa Wayar Beats Studio 3
- Sony Sah Tidak Sertai Acara E3 Buat Kali Pertama Tahun Hadapan