Nokia 9 PureView Mungkin Dijual Pada Harga Bawah RM2,800 Di Eropah

Lagi berita mengenai peranti penta-kamera, Nokia 9 PureView. Menurut laporan MySmartPrice, peranti berkenaan akan dijual pada harga €599(~RM2,768) bagi pasaran Eropah.

Tanda harga itu adalah lebih rendah daripada apa yang diletakkan pada Nokia 8 Sirocco(€750/~RM3,465) semasa ia dilancarkan dahulu.

Pemerhati industri berpendapat harga tersebut adalah berbaloi dengan apa yang bakal ditawarkan oleh peranti itu nanti, walaupun ia bukanlah satu harga yang murah bagi sebahagian pengguna.

Kapsyen: Pocketnow


Mungkin ada yang mendakwa bahawa penggunaan Snapdragon 845 pada peranti ini menjadikannya sebuah peranti yang kurang menarik dengan harga sedemikian.

Baca juga: Foto Yang Didakwa Ditangkap Menggunakan Nokia 9 PureView Dipertontonkan Kali Pertama

Namun, ada juga yang berpendapat ia adalah harga yang masuk akal memandangkan Nokia 9 PureView ini adalah telefon dengan lima kamera pertama di dunia.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa Nokia 9 PureView ini berbaloi untuk dimiliki pada harga sekitar RM3000, atau sebaliknya? Kongsikan pandangan anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: MySmartPrice