Nokia 9 PureView Mengalami Kelewatan Akibat Masalah Kamera

Anda masih ingat lagi pada telefon Nokia 9 PureView yang mempunyai lima kamera utama? Peranti berkenaan masih belum lagi dilancarkan sehingga hari ini walaupun sudah digembar-gemburkan sejak beberapa bulan lepas.

Terbaru, pihak Nokia telah pun memberi maklumbalas mengenai perkara tersebut. Menurut mereka, pelancaran Nokia 9 PureView terpaksa ditangguhkan akibat masalah kamera.

Kapsyen: AndroidPit


Tambah mereka lagi, peranti berkenaan dijangka hanya akan diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun hadapan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Perhubungan Awam HMD Global Jerman, Britta Gerbracht.

Nokia dikatakan mahu memastikan peranti kelas perdana mereka selepas ini mempunyai kualiti pada tahap tertinggi. Oleh itu, mereka tidak akan melancarkan mana-mana peranti kelas perdana mereka sebelum ia benar-benar berada di tahap terbaik.

Bagaimanapun, peranti kelas perdana terbesar dan terpenting Nokia diramal hanya akan menemui pengguna pada sekitar 2020 dan 2021. Ia diharapkan menjadi tahun terbaik bagi Nokia selepas kebangkitan semula mereka tahun ini.

 

Sumber: Phone Arena