Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia 9 Dijangka Telefon Pintar Pertama Dengan Teknologi Audio Nokia OZO: Apa Tu?

Nokia 9 Dijangka Telefon Pintar Pertama Dengan Teknologi Audio Nokia OZO: Apa Tu?

Diterbitkan April 4, 2017 oleh Wiser MY

Telefon pintar pertama Nokia oleh HMD belum lagi dilancarkan ke pasaran antarabangsa.

Nokia 6 hanya boleh didapati di China dan Nokia 3 dan 5 akan dilancarkan tahun ini.

Nokia 3310 pula sedang menerima tempahan di United Kingdom dan masih diubahsuai untuk kegunaan di dalam Amerika Syarikat.

Ada khabar angin mengatakan Nokia bakal hadir dengan Nokia 9.

Nokia 9 akan hadir dengan paparan 5.5 inci dengan teknologi QHD OLED.

Telefon itu juga akan dilengkapi kamera belakang dua Carl Zeiss lesna dengan 22-megapiksel dan 12-megapiksel kamera depan.

Nokia 9 akan dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 835 dan 6 GB memori RAM.

Memori simpanan pula akan ditawarkan dalam pilihan 64 GB dan 128 GB.

Telefon pintar itu akan dipasang dengan bateri berkapasiti 3,800 mAh, pengimbas iris, pengimbas cap jari dan pensijilan IP68.

Nokia 9 juga akan dikuasakan dengan Android 7.1.2 Nougat dari dalam kotak.

Ciri terbaru yang membezakan telefon ini dengan telefon utama di luar sana ialah teknologi Nokia NOZO Audio.

Nokia NOZO Audio ialah teknologi audio 3D yang akan memberikan pengalaman audio yang hebat di dalam penggunaan realti maya (VR).

Menggunakan 4 atau lebih mikrofon, pengguna boleh menangkap bunyi dengan lebih tepat dari segi arah ia datang.

Sample teknologi itu boleh dilihat di sini

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY