Nokia 8- Peranti Pertama Yang Membawakan Sokongan Rakaman Bothie Secara Live Di Facebook

Pada yang belum tahu, Nokia baru sahaja melancarkan Nokia 8 di Malaysia. Dengan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan tetapan dwi-kamera Zeiss, kami boleh katakan kemunculan semula peranti perdana ini bakal menghangatkan lagi industri telefon pintar di Malaysia.



Antara ciri yang paling menarik perhatian adalah ciri "Dual Sight" baru yang membenarkan pengguna mengambil atau rakaman video dengan menggunakan kedua-dua kamera depan dan belakang serentak.

Nokia menggelarkannya sebagai "Bothie" atau secara mudahnya penggunaan kedua-dua kamera dengan serentak. "Both"..."fie"..maka jadilah "bothie".



Dengan ciri Dual Sight ini juga pengguna dapat merakam dan strim video secara live dan Nokia berkata Nokia 8 adalah peranti pertama yang membawakan ciri seupamanya.

Setakat ini pengguna hanya boleh strim secara Live di Facebook dan Youtube sahaja. Penagih Instagram dan Snapchat perlu menunggu untuk kemaskini seterusnya.

Nokia 8 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu kelabu dan dua variasi biru pada harga RM 2299 dan ianya sudah mula dijual seawal hari pelancarannya semalam.