Nokia 8 Bakal Dilancar Untuk Pasaran Malaysia Pada 8 September

Seperti mana yang telah dilaporkan tempoh hari, Nokia 8 nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk membuat penampilan bagi pasaran tempatan.

Menurut laporan dari laman Lowyat.net, HMD Global iaitu pengeluar kepada Nokia 8 akan memperkenalkan peranti itu pada hari esok, Jumaat bersamaan 8 September 2017 dan ia merupakan telefon pintar perdana pertama dari Nokia 8.

Selain mempertaruhkan cip pemproses berkuasa tinggi, Snapdragon 835, ia juga mengetengahkan keupayaan dwi kamera utama pada bahagian belakang serta dilengkapi dengan mod Bothie.

Mod Bothie membolehkan pengguna mengaktifkan serentak dwi kamera di belakang dan kamera selfie dan ia sesuai digunakan untuk menangkap gambar mahupun rakaman video secara langsung.

Untuk lebih maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pelancarannya esok.

Sumber: Lowyat.net