Nokia 7.1 Diperkenalkan Secara Rasmi, Hadir Dengan Paparan PureDisplay

HMD Global meneruskan lagi usaha mereka untuk membawa Nokia kembali ke persada industri telefon pintar dengan memperkenalkan model Nokia 7.1 baru-baru ini. Ia merupakan model naiktaraf bagi peranti Nokia 7 sebelum ini.

Kredit : CNet


Nokia 7.1 akan hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.84-inci jenis FHD+ IPS LCD dengan nisbah aspek 19:9. HMD Global juga membekalkan skrin PureDisplay pada peranti ini yang menyokong HDR10 serta boleh digunakan untuk mengubah video SDR kepada HDR secara pintar.

Dari segi kamera pula, Nokia 7.1 didatangkan dengan dwi-kamera utama hasil gabungan lensa 12MP f/1.8 dan lensa hitam putih 5MP bagi menghasilkan bokeh. Untuk kamera hadapan pula, peranti ini menggunakan lensa 8MP yang menyokong pengesanan wajah AI.

Kredit : Digital Trend


Selain itu, keluaran terbaru Nokia ini juga dijana oleh bateri berkapasiti 3,060mAh yang mana sedikit kecil jika dibandingkan dengan peranti-peranti lain yang dilancarkan pada tahun ini.

Lain-lain spesifikasi bagi Nokia 7.1 ini ialah ia mempunyai dua pilihan variasi iaitu 3GB RAM/32GB dan 4GB/64GB serta penggunaan sistem Android 8.1 Oreo yang juga merupakan Android tulen. Namun, pihak Nokia mengesahkan ia bakal menerima kemaskini Android 9.0 Pie di masa akan datang.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 636. Sesuatu yang agak mengecewakan bagi sebuah peranti naiktaraf.

Kredit : XDA Developers


Nokia 7.1 ini ditawarkan pada dua pilihan warna iaitu gloss steel dan gloss midnight blue. Buat masa ini, ia hanya dipasarkan di US dan UK terlebih dahulu sebelum tiba di pasaran-pasaran lain di seluruh dunia. Harga jualan yang dicadangkan ialah pada €319 (~RM 1521).

 

Sumber