Nokia 6300 Dan 8000 Akan Dihidupkan Semula Oleh HMD Global

Nokia semenjak berada di bawah HMD Global sering memperkenalkan versi moden untuk telefon-telefon klasik mereka. Antara yang pernah diperkenalkan adalah 8110 4G, 3310, dan juga 2720 Flip.

Kelihatannya mereka ingin menambah lagi model telefon klasik dengan Nokia 6300 dan Nokia 8000.

Nokia 6300 pada zamannya merupakan sebuah telefon yang popular dengan rekaan badan tahan karat. Nokia 8000 pula masyhur dengan pelindung pad kekunci gelungsur



Namun begitu, kedua-dua telefon yang cuba dilancarkan semula ini bukanlah telefon pintar sebaliknya hanyalah telefon asas sahaja. Ia akan dimuatkan dengan rangkaian 4G dan mungkin menjalankan sistem perisian KaiOS.

Menurut laporan, kedua-dua telefon ini akan dilancarkan dalam minggu-minggu yang akan datang.

Sumber: Winfuture