Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?

Nokia Mobile MY telah mempertontonkan video peranti Nokia 6.1 dengan ayat membayangkan peranti tersebut akan mula mendarat di Malaysia.



Mengikut maklumat dari Nokia Malaysia, setakat ini cuma peranti Nokia 7 Plus dan Nokia 1 sahaja yang dibawa masuk secara rasmi oleh mereka. Nokia 6.1 merupakan peranti yang dipertingkatkan dari Nokia 6 (2017) dan merupakan salah satu peranti Android One.

Ia menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 630 bersama-sama ruang RAM sebesar 3/4GB dan ruang storan ROM sebesar 32/64GB.

Skrin paparan dari jenis IPS LCD berukuran 5.5 inci dengan nisbah skrin 16:9. Sistem kamera utama adalah lensa tunggal Zeiss optics 16MP f/2.0 dan kamera hadapan 8mp f/.20.

Sistem operasi yang digunakan adalah Android 8.1 Oreo seiring dengan program Android One yang pantas dengan kemaskini dari Google.

https://youtu.be/qmJitfThItk