Pertama kali muncul sekitar acara MWC 2019 yang lalu, peranti ini didatangkan dengan spesifikasi seperti skrin paparan 5.71 inci, cip Snapdragon 439, dwi kamera belakang 13MP (f/2.2) + 2MP (f/2.2) dan kamera hadapan 8MP (f/2.0).
Selain itu, melengkapi Nokia 4.2 adalah memori RAM 2GB dan 3GB serta pilihan storan antara 16GB serta 32GB. Bakal menjalankan sistem operasi Android One (Android 9 Pie), ia dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh dengan daya kuasa diisi dari port pengecasan MikroUSB.
Dua warna yang ditawarkan adalah Black bermula 26 April ini dan warna Pink Sad akan mula dijual bermula bulan hadapan. Selain mempunyai sistem nyahkunci biometrik imbasan wajah dan cap jari, Nokia 4.2 juga telah dijanjikan dengan kemaskini sekuriti setiap bulan sehingga 3 tahun dan 2 kali kemaskini utama.
Berkaitan
- Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018
- Nokia Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Yang Mempunyai 5 Kamera
- Xiaomi Black Shark Versi Global Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- realme Jadi Pengeluar Paling Pantas Capai 100 Juta Jualan Telefon Secara Global
- Ini Empat Model Baru Yang Dilancarkan Nokia
- 5 Kamera Nokia 9 PureView Hanya Setanding iPhone 7 Berdasarkan Ujian DxOMark
- Tencent Lancarkan Platform Jualan Permainan WeGame X Untuk Pengguna Global
- HONOR View20 Diperkenalkan Secara Global Di Paris - Harga Untuk Pasaran Malaysia Juga Didedahkan
- Bocoran Video Memperlihatkan Nokia 8.1 Lebih Awal Sebelum Dilancarkan
- Syarikat Disebalik Kamera Nokia 9 Pureview Sudah Undur Diri Dari Industri Telefon Pintar