Nokia 3310 Dengan Sokongan Rangkaian 3G Diperkenalkan

Telefon legenda, Nokia 3310 kini sekali lagi diberi nafas baru dengan kehadiran sokongan rangkaian 3G.

Sebelum ini, model yang dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei yang lalu hanya menggunakan rangkaian 2G. Melihat kepada penamatan rangkaian 2G yang dibuat oleh Singapura, Nokia sedar bahawa mereka perlu menaik taraf peranti itu supaya kekal relevan di pasaran.

Difahamkan, bagi versi 3G syarikat itu menawarkan 4 aneka warna...

  1. Kuning

  2. Merah

  3. Biru muda

  4. Kelabu gelap (Charcoal)




Menariknya bagi versi baru ini adalah ia dilengkapi dengan aplikasi Facebook dan Twitter yang dipasang siap selain melayari internet menggunakan pelayar Opera.

Kapsyen: Tampil dengan antaramuka baru


Antara spesifikasi ringkas Nokia 3310 3G adalah seperti berikut...

  • skrin 2.4 inci QVGA

  • Kamera 2MP dibahagian belakang

  • Storan dalaman 64MB dengan sokongan memori tambahan kad MikroSD sehingga 32GB

  • Bateri berkapasiti 1200mA


Harga pasaran untuk model ini adalah €69 (~RM 390).

Sumber: Nokia